Sunday, 1 January 2012

seriously, I...

.Assalamualaikum.


agak agak, apa yang boleh dikaitkan dengan tajuk post saya?
-
-
-
okelah, terus terang lah kan, saya ni tak suka keluar rumah. saya lagi suka terperap dalam rumah je. nak tahu kenapa? sebab saya tak suka tengok orang(?) bia betul? yea, sebenarnya saya ni jenis yang kalau tengok orang, mesti tengok dari atas sampai bawah. I dont know why but that's me.

okelah, whatever lah kan. saya listkan apa yang saya kurang senang dengan dunia luar.

1. pakai tudung tapi baju/seluar ketat sampai boleh tahu tubuh
 - kadang kadang kan, jeans yang kita pakai ni ketat sikit. saya tak kisah, sebab saya bukanlah orang yang pakai kain/baju kurung setiap masa. saya pun, kadang kadang seluar saya nampak ketat esp time duduk. but then i'll try to cover it with my bag or my hand. tapi, kadang kadang ada orang tu you know, pakai tudung tutup bahagian dada tapi baju singkat sampai nampak bawah lengan, seluar legging/skinny. please lah, kalau rasa nak pakai tudung, longgarkanlah sikit baju/seluar. for me, orang tak marah kalau baju/seluar kita nampak ketat time duduk. tapi, orang lagi rasa something bila berdiri pun baju dah ketat. yea, it's up to you. hati sendiri, saya cakap je.

2. pakai tudung tapi rambut terkeluar/sanggul tinggi.
 - yes. kot ye lah kau sayang rambut kau yang baru lepas rebond rm350 dibuat sanggul, ikat ekor kuda gulung pon boleh. tak payah ketat ketat. longgar pun boleh. lagi satu, kalau dah tahu pakai tudung, tak payah nak buat rambut fesyen fesyen bagai. orang bukannya nampak pun kau buat curl 3 kilo. bukanlah tak bagi korang pakai tudung, tapi baiklah tak payah pakai tudung kalau rambut dikeluar dengan sengaja. pastu, yang buat sanggul setinggi kepala pulak, tak payah lah buat kalau rambut tu sebenarnya paras bahu je. orang yang ada sanggul ni boleh dikecualikan kalau memang rambut sampai pinggang. nak ikat ekor kuda pun boleh terkeluar dari tudung. tapi kalau rambot paras bahu, pastu pakai sanggul palsu. ishh, tak payahlah. buat tambah dosa je.

3. pakai tudung(Bagus!), baju longgar(Bagus!), skirt paras betis(Ehh?)
 - disebabkan sekarang ni fesyen orang pakai skirt labuh/maxi labuh, ramai yang ikut gaya tu. saya pun. tapi kalau pakai macam tu mesti saya pakai cardigan sebab takut baju tu terlalu polos untuk dilihat. act, saya jarang pakai macam tu. tapi ada segelintir orang yang memang berpakaian sebegitu. tak kisah pun. kadang kadang saya sendiri pun terpesona bila tengok orang pakai baju labuh. yang saya rasa kurang senang adalah apabila kain/maxi yang dipakai tu hanya sampai betis. kalau awak tu tak bertudung saya tak kisah sangat. tapi kalau bertudung? tak manis lah saya rasa. yeaa...

4. orang mengandung pakai baju ketat ketat
 - mungkinlah orang yang mengandung ni nak tunjuk perut dia yang semakin hari semakin membesar, tapi perlu ke pakai baju ketat? saya rasa tak perlu. even, ada orang dia dah pakai gaun mengandung pun perut dia kita boleh nampak besar. tu lagi elok saya rasa. sebab selalunya orang yang pakai baju mengandung ni orang lain selalu doakan dia dan anak yang bakal dilahirkan sihat. selalunya lah. tapi kalau orang mengandung pakai legging, baju ketat paras pinggang, rasanya orang hanya tersenyum. dan senyuman tu kita tak tahu apa maknanya. so, fikirkan balik.

5. orang berisi tapi pakai baju ketat
 - weh, oh serious, kalau orang yang 'gem' pakai ketat ketat, orang lain mesti macam "yeww" atau "astaghfirullahalazim". SERIOUS! sebab saya pun kadang kadang nampak orang yang macam ni mesti saya "astaghfirullahalazim, tergugat iman aku". hey! betul oke. kalau lelaki yang kuat iman agak agak apa dia cakap? kalau lelaki yang hidung dia berbelang-belang apa dia cakap? ;)

6. pre-wedding photoshoot
 - 'pre-wedd', kalau pasangan itu dah dinikahkan dan hanya menunggu majlis resepsi sahaja, saya tak kisah pun. tapi kalau yang belum nikah tapi gambar kau macam orang dah nikah, rasa macam tak sesuai lah. sebab selalunya gambar 'pre-wedd' ni kadang kadang terpegang sana, terpeluk sini, terjeling sana, terdukung sini. tak elok lah weh. kau tu belum nikah so, tak payah nak over ambil gambar macam orang yang dah nikah. belum boleh dihalalkan lagi kau nak buat macam tu.

7. eh, banyaklah kalau nak listkan semua. yes! memang saya sangat cerewet terutama kalau nak pilih kawan. semua orang saya kawan tapi nak pilih/nak jadikan dia sebagai kawan rapat, saya akan betul betul pandang. saya takut diri saya terjebak dalam sosial yang dah tak menentu sekarang. that's it. saya tak kisahlah orang nak anti saya ke, nak marah saya ke, nak kutuk saya. I don't mind. saya beritahu secara jujur lagi direct. so? ;)

okelah, akhirnya siap jugak post ni. dua hari simpan dalam draft. ;) 
okelah, dah penat. :) bye.


**gambar dengan hafiy. hafiy dah nak masuk tadika dah tahun depan(2012). dah besar dah kau fiy, dulu kecik jer aku dukung kau, sekarang, boleh sakit pinggang aku mendukung kau. ;)
- aii dah ada panggilan baru. dulu hafiy panggil aii 'maksu', sekarang hafiy panggil aii 'maktun'. =_= 








p/s; 3A1 & 3A2 (2011), rindu kat korang. tak sabar nak pergi sekolah. :)


Love,
ShaziahSamsudin

No comments:

Post a Comment