Monday, 24 October 2011

saya tak tahu

.Assalamualaikum.


sejak kebelakangan ni, saya asyik sedih je. saya rasa diri saya dianiaya. saya tak tahu siapa punya angkara. ceritanya begini. ada seorang kawan saya upload gambar masa saya baca novel. novel itu misplaced. tuan punya novel (zana), tak cakap apa apa dan tak ungkit. saya pun dah berniat untuk ganti novel tu. tapi ada seorang kawan saya ni pulak, dia comment, "saba zana saba". tak perlu menyindir saya dan tak perlu memerli saya. saya tahu apa yang saya nak buat. secara jujur, saya balas di status saya,

orang yang sentiasa iri hati, cemburu, berdendam adalah orang yang berfikiran cetek. mereka sanggup 
meng'api'kan orang lain untuk sama berdendam. thanks sebab buat saya sakit hati. ayah saya tak kasi saya 
marah orang lain. dia suro saya sabar. itu cara yang paling baik. :)".


saya tak mention nama dia. saya tak tulis sejurus sahaja dia comment gambar itu. dan saya balas secara terbuka. secara positif dan secara rasional. saya tak buat dia terasa atau tersentap. saya ada perasaan untuk menjaga hati orang lain. tapi bila dia balas dan orang lain balas. saya terasa. saya terasa maruah saya dicabar. saya tak kisah nak cakap apa sekalipun, tapi tolonglah jangan jatuhkan maruah saya, saya masih lagi hormat awak. saya belum terniat untuk membalas secara kasar. masalah ni kita boleh selesaikan dengan elok. saya malas nak gado. saya bukanlah kaki gado. tapi kalau sampai maruah sendiri dicabar, saya tak boleh tahan. saya minta maaf sangat sangat. saya bukanlah seorang yang sangat sempurna untuk menegur awak. tapi sendiri kena faham lah. kita sesama manusia kan? tak perlu nak itu ini. :'(

p/s; saya berdoa sangat sangat agar orang lain tak menjatuhkan maruah saya. dan tolong hormat saya seperti mana saya hormat awak.

No comments:

Post a Comment