Monday, 24 October 2011

saya tak tahu

.Assalamualaikum.


sejak kebelakangan ni, saya asyik sedih je. saya rasa diri saya dianiaya. saya tak tahu siapa punya angkara. ceritanya begini. ada seorang kawan saya upload gambar masa saya baca novel. novel itu misplaced. tuan punya novel (zana), tak cakap apa apa dan tak ungkit. saya pun dah berniat untuk ganti novel tu. tapi ada seorang kawan saya ni pulak, dia comment, "saba zana saba". tak perlu menyindir saya dan tak perlu memerli saya. saya tahu apa yang saya nak buat. secara jujur, saya balas di status saya,

orang yang sentiasa iri hati, cemburu, berdendam adalah orang yang berfikiran cetek. mereka sanggup 
meng'api'kan orang lain untuk sama berdendam. thanks sebab buat saya sakit hati. ayah saya tak kasi saya 
marah orang lain. dia suro saya sabar. itu cara yang paling baik. :)".


saya tak mention nama dia. saya tak tulis sejurus sahaja dia comment gambar itu. dan saya balas secara terbuka. secara positif dan secara rasional. saya tak buat dia terasa atau tersentap. saya ada perasaan untuk menjaga hati orang lain. tapi bila dia balas dan orang lain balas. saya terasa. saya terasa maruah saya dicabar. saya tak kisah nak cakap apa sekalipun, tapi tolonglah jangan jatuhkan maruah saya, saya masih lagi hormat awak. saya belum terniat untuk membalas secara kasar. masalah ni kita boleh selesaikan dengan elok. saya malas nak gado. saya bukanlah kaki gado. tapi kalau sampai maruah sendiri dicabar, saya tak boleh tahan. saya minta maaf sangat sangat. saya bukanlah seorang yang sangat sempurna untuk menegur awak. tapi sendiri kena faham lah. kita sesama manusia kan? tak perlu nak itu ini. :'(

p/s; saya berdoa sangat sangat agar orang lain tak menjatuhkan maruah saya. dan tolong hormat saya seperti mana saya hormat awak.

Saturday, 22 October 2011

our activities

assalamualaikum.
selamat tengahari.

.tak tahulah nak cerita macam mana. layan gambar jelah. :)


senyum bila tak gerak je. masa jalan, muka berkerut kerut.
saya mengaku saya pendek dan gemok.


 ni Diyana.
dialah yang paling ceria, baik, lemah-lembut(ehem, cari kata lawan)

 fairuz, anak tiri aii oke.
haha. 

 syafiqa and me
gaya kitaorang jalan berbeza kan?
syafiqa catwalk, saya urmmm(thinking)

 mazatul and khair.
tibe tibe khair macam takde tulang belakang. ;)

 mazatul and fadhli(sebek)
fadhli taknak pandang sebab takut kena gossip.

 half of us.
barisan bawah; fatin, syazana, ayiel
barisan tengah; zahar, syitoh, diyana, sebek
barisan belakang; fairuz, shaziah, mazatul, khair, aniq

masih lagi senyum walaupun dah basah sebab ayiel usik air tu. 


main netball.
perempuan VS  lelaki.
               


Redza VS Sri Ampangan
5-2
tidak rasmi dan tak mungkin dapat sijil sekolah ;)

pose atas kereta apa ntah.
selepas makan tengahari



 .act, kitaorang ada main futsal, tapi takde gambar. lain kali lah yer.

p/s; jumpa kat stadium Paroi malam ni ;)

Saturday, 15 October 2011

uhibbu ustazati. :)


    • Hisyam Azmi comeyy comeyy cikgu sy ni..haha
      October 11 at 2:53am
    • Hasnah Mansor syukran..nak tanya hisyam ke yg angkat tangan masa ustzh lalu kat tmn zaitun hari tu?..kata nak mintak kuis, cam na jadi tak?
      October 11 at 9:40pm
    • Hisyam Azmi hehe aah..masa tu hisyam yg angkat tangan..hisyam dpt autoprima..blaja untuk kerja..syam blaja mcm manufacturing atau pun automotif kt shah alam
      October 11 at 9:47pm
    • Hasnah Mansor ok..bagus tu..hisyam boleh..tapi kena kuat dgn cabaran yg datang..ingat dalam usaha nak buat kebaikan pasti ada dugaan..ustzh doakan
      October 11 at 9:49pm
    • Hisyam Azmi betul tu ustazah..bnyk sgt dugaannye..doakn sy supaye dapat kwn yg baik dan dapat hadapi segale cabaran ye?insyaallah sy pun akan doakn semua guru2 sy supaye tidak tggalkn suruhan Allah..moge2 jase guru2 sy akn dibalas didunie dan di akhirat,amin insyaallah..
      October 11 at 9:53pm
    • Hasnah Mansor syukran .tinggal asrama ke?
      October 11 at 9:55pm
    • Hisyam Azmi ye..tinggal di asrama..tempt belajar dengan asrama dekat je ustazah..
      October 11 at 9:58pm
    • Hasnah Mansor Alhamdulillah..InsyaAllah lepas ni hisyam kan lebih berjaya..gembirakan mak. ayah..ustzh memang doakan semua anak2 murid ustazh di mana shj berada..agar dilimpahkan rahmat, dipermudahkan urusan dan terhindar dr gejala sosial dan maksiat..cuma nak sebut nama tu tak dapat sebab ramai sgt..tapi terlintas n tergambar..insyaAllah
      October 11 at 10:02pm
    • Hasnah Mansor ok syam jumpa lagi..ustzh nak buat keja sek..tadi singgah je kjp..ilal liqa
      October 11 at 10:03pm
    • Hisyam Azmi ok ustazah..ma assalama
      October 11 at 10:08pm
    • Hisyam Azmi haha betul ke saya jawab tu?sy ingat2 lupa..haha assalamualaikum
      October 11 at 10:09pm
sumber; facebook.com




Assalamualaikum,
saya suka sangat baca conversation kat atas tu.
perbualan antara ustazah bahasa arab saya dengan abang sedara saya(sama sekolah dulu).
ustazah saya (pn.Hasnah bt Mansor) tu baik sangat. kalau dia cakap lembut je.
dia suka ajar kitaorang menggunakan lagu. banyak insya'(karangan) bahasa arab kitaorang jadi  lagu. senang je kitaorang nak hafal.
tersentuh hati saya masa dia bagi nasihat kat abang hisyam.
saya berharap sangat, saya dapat balas jasa ustazah saya. dari seorang yang tak tahu langsung cakap arab, sekarang saya mahir sedikit untuk bertutur dalam bahasa arab. terima kasih ustazah. saya sayang ustazah saya.
love, 
Shaziah Samsudin

it's about yesterday

hello peeps.
happy saturday.

semalam saya pergi ke Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Negeri Sembilan dan Felda united.

saya, angah dan awi(bukan nama sebenar) pergi ke tempat berkenaan. okelah, dah macam berita pulak. 
kitaorang sampai lambat jugalah. dalam pukul 7.45 kitaorang sampai. lepas tu cari cari parking, lepas tu pergi cari tiket (tiket penting yer).pergi kaunter 1, tiket habis. pergi kaunter 2, ada lagi, tapi maybe orang kaunter dah kabut kott, so dia bagi lah masuk free. apa lagi kan, semua bertolak tolak lah kan. i think, about 10 minutes kot, saya kena tolak (cehh! mentang mentang aku perempuan, kau main tolak je kan?). punyalah susah nak masuk. sampai sossek napeh den. first, awi dah masuk(dia lepas, budak yang dia bawak ni tak lepas). so, angah pun tolak tolak lah juga. then, angah dapat lah masuk, tapi bila turn saya, orang tu boleh tolak 'pintu pusing-pusing' tu. pastu, tak bagi saya masuk. angah cakap kat orang tu, "ni adik saya". yelah, sepatutnya dia lepaskan saya ni. tangan masih bergenggam dengan angah ni. pastu, orang tu bagi je masuk(alaa, tu pun sebab buat drama sebabak). kitaorang carilah tempat. tempat kitaorang, dekat sangat dengan kipas susah mati negeri sembilan. so,bersemangat lah sikit. 

tengok punya tengok punya tengok, dapat satu gol. hmmph, dah melompat dah ni(padahal baru satu gol). bila felda nak gol/ negeri sembilan terlepas bola, mulalah "woi, apa ni?!", "haa, jaga-jaga". ada makcik kat belakang saya, laagi best. masa Negeri Sembilan sepak bola, dia kata "bagi lah kawan", masa N.S bagi bola kat kawan, dia kata "sepak je lah". mana satu ni cik? haha. pastu, masa dia cakap, "naiklah" suara dia sebijik macam kucing gado. HAHA, opps, sorry cik terlebih umpat pulak. masa gol kedua pulak, orang N.S dah buat ombak dah. time ni yang saya suka sebab dah tahu N.S menang. awi dah lompat dah. saya buat ombak, angah duduk je(cover ayu lah katakan). haha. gol yang ketiga, lagilah kan. habih babe, hilang keayuan aku. terus cakap,"iloveyou lah N.S". haha

masa balik, kitaorang tak tahu nak ikut jalan mana, jalan depan sah sah lah jam. so, kitaorang ikut jalan shortcut. ingatkan tak jam, ghopenye, jam se-jam-jamnya. sampai rumah, dalam pukul 12.35(tak silap lah).
buka astro arena, tengok balik ulangan(kot kot ada muka aii, kan). haha. Godik!


that's it, nanti kalau ada lagi bola, insyaAllah aii pergi. tapi kena beli tiket cepat cepatlah. taknak impit impit dah. serik kot. Doa je lah.

bye.

perkenalan

.Assalamualaikum.
salam perkenalan.

Hai, it's me!


this is my second blog. 
the CSBG telah di delete kerana telah digodam( kalau tak tahu, buka kamus ye..)
and, hey! hello. sopan gila kau minah. 
oke, act, i'm not this kindda person.
saya lebih suka pot pet pot pet 24 jam.
tengoklah kan. kalau mood sedih, takkan nak bercakap pulak kan.

urm,,
sampai di sini sahaja coretan adinda.
 adinda mungkin akan menaik taraf(update) 'post' yang baru besok. 
sekian.
haha mengalahkan karangan bahasa melayu PMR kau.
oke lah. bye,