Saturday, 5 November 2011

kejadian di carrefour, Seremban

.Assalamualaikum.

macam seram je tajuk. haha. tajuk je. ceritanya tak seram pun.
gini, tadi saya teman kak ngah pegi carrefour nak beli cool blog(sahaja). tapi kitaorang naik dulu kat tingkat atas tengok itu ini. beli seaweed tao kae noi, biskut ikan, etc, etc. nak dijadikan cerita, masa kakngah tengah sibuk sibuk cari seaweed, tiba tiba scrab! getah rambutku tertanggal. cemas wehh! dahlah pakai tudung sarong je. yang aku nih pulak, kalau dah pakai tudung sarong, mmg takkan lah pakai anak tudung kan. so, rambut aii pun terlepas. tak tahu nak buat apa, saya jalan laju laju pergi kat tempat yang tak ramai orang. so, I decide untuk masuk path pampers baby. tengah tengah cemas nak ikat rambut, sekali ada orang lalu kat tepi. apa lagi, terus sandar kat bahagian belakang, pastu buat buat lah tunjuk tunjuk konon nya nak baca kat pack pampers tu. haha, padahal kan selalunya orang kalau nak beli pampers baby, dia capai je terus, tak payah baca-baca. punyalah fikir, macam mana nak ikat rambut nih. tapi orang tu pun lama jugak (agaknya dia pun baca kot). apa-apa je lah. last last kan, saya masuk je rambut saya dalam baju. selamat pakai cardigan. takdelah nampak sangat kan. tapi yang sakit hatinya, orang tu kan bila saya nak ikat rambut dia berdiri je kat situ, tapi bila saya pergi dia pun nak pergi. haisyy. stress aii!. 

p/s; selamat menyambut hari raya aidiladha pada hari lahir saya. ;)

gambar time malam raya 2011 :)

Friday, 4 November 2011

tentang blog Cik Irma.

assalamualaikum.
hello hello.

dah lama saya tak update blog. mungkin sebab tak cukup masa kot (cehh! macam dah keje je ayat.)
HAHA. act, saya tak berkesempatan pun nak on laptop, on internet lagi lah kan. sibuk siap siap untuk deepavali. eh, raya haji.

do you know about blog cik fazlinil irma? sape yang tak tahu sila klik.
saya suka sangat baca blog dia. since saya pun minat dalam culinary. saya suka tengok cara dia buat itu ini. macam best je. kadang kadang saya ikut juga.

saya selalu cakap, kalaulah rumah aku dekat dengan rumah dia, dah lama aku belajar macam mana nak buat pastry. tapi apakan daya, beli buku pastry pun oke what. dapatlah buat banyak cake. tapi belum boleh nak order order lah kan. saya belum sampai tahap boleh tutup mata je buat benda benda ni. nanti lah ek. doa doa kan lah saya boleh capai cita cita saya untuk jadi pastry chef. :)

oke lah. dah pukul 2.10 pm. kejap lagi ada ojakgyo family kat kbs. daa.

love,
shaziahsamsudin