Friday, 24 February 2012

it's him.

.Assalamualaikum.

yeahh, it's me. selepas sekian lama meninggalkan acik blog ni haa barulah berkesempatan untuk menulis.

eh, lain macam pulak tajuk kau, bercinta ke? wahaha, takdelah. tertarik jer. ;)
yeah, it is a little bit bout him. tak perlu sebut nama dia lah kan, kang timbul fitnah. but, saya minat dia sebab muka dia ganas tapi bila jadi imam, hurmmm... seksi you. hoi! istighfar.
no lah! saya tak tahu kenapa, sejak pindah sekolah, saya rasa macam sebak, terharu, macam macam lah bila dengar imam tu sedap je dia mengaji or something else. pastu kalau muazzin pula, sedap je dengar dia azan. saya rasa macam hati saya cair terus bila dengar orang tu azan/jadi imam. sesiapa pun lah kan, tapi kalau junior saya buat tak tahu je, kalau senior terus panjang leher nak tengok siapa. : p  
Gatal! 

saya berharap sangat kalau jodoh yang Allah beri kat saya tu, seorang yang kuat agama. as for me, kalau lelaki tu kuat agama, dia tu... bertanggungjawab, penyayang, penyabar, tak garang tapi tegas and the most important, dia dapat jadi imam isteri dan anak-anak. tapi, belum masanya lagi saya nak cari 'calon'. plus, pada saya, 16 is not the perfect time. even kalau umur 17 pun saya rasa belum masanya lagi. and kalau boleh, saya nak sangat family saya yang carikan untuk saya. *angan-angan*. boleh kan? ;)

okelah, nantilah saya sambung entry baru pasal kawan baru saya. insyaAllah. :)

.Assalamualaikum.

Love,
ShaziahSamsudin.

Sunday, 5 February 2012

untitled

.Assalamualaikum.

sorry sebab dah lama tak update blog. nanti saya update yer, sekarang saya tak banyak masa lah. doakan lah saya update blog banyak banyak ;).

saya nak ucapkan selamat menyambut maulidur rasul untuk semua umat Islam.
semoga kita perbanyakkan lagi selawat dan salam ke atas Nabi Muhamad S.A.W. pesan ini pun untuk saya jugak. saya hanya manusia biasa yang kadang kadang terlupa tentang agama dan saya lalai mengejar dunia. sedangkan rasulullah sentiasa merindui umat Islam pada akhir zaman. ye, memang kita tidak pernah berjumpa dengan rasulullah sama macam rasulullah. tapi macam mana dia boleh sentiasa merindui kita?

tiba tiba saya rasa sebak tulis cerita ni. takpe lah, kita selawat dan memberi salam kepadanya dan mengikut sunnahnya itu sudah memadai. apatah lagi kalau kita buat lebih daripada itu, mungkin kita mendapat syafaatnya.

Ya Allah, sesungguhnya aku hanya manusia biasa. aku cuai untuk patuh arahanMu Ya Allah. ampunilah aku, Ya Allah.
:) :'(.

Asslamualaikum,
ShaziahSamsudin.